Saturday, August 16, 2014

Kahwin - II

Okay rasanya ramai dah suruh sambung (ramai ke?)

Jadi antara benda yang aku akan hadapi nanti..



1-Masalah Kewangan.

Benda ni biasa, dan sangat common. Antara punca penceraian yang paling tinggi. Aku tanya balik diri sendiri, apa langkah aku nak elakkan masalah ni?

Kembali kepada perkara asas, back to basic, masalah kewangan ni semua orang akan hadapi. Tak kira lah kau anak orang kaya, anak orang miskin, kau ada saving juta-juta, kau tetap akan ada masalah dari segi kewangan.

'Eh, kaya pun ada masalah ke?'

Ya. Ada.

Kau akan diuji dengan masalah kewangan.. si isteri yang nak macam-macam, yelah..kau kan kaya? Atau kalau si isteri yang kaya, kau (kaum hawa) akan diuji dengan rasa nak control semua pasal suami. Ini fakta ya, aku tulis berdasarkan cerita betul. Si isteri rasa lebih berkuasa sebab dia yang sara keluarga. Sedih kan?

Yang kaya diuji, yang miskin pun, sama.

Jadi, ini solusi yang aku fikir.

Cari isteri yang memahami. Caranya? Tengok gayanya. Aku? Aku prefer yang sederhana. Orang yang sanggup susah bersama, dan layak senang bersama.

Tak kira kau susah macam mana pun, kalau ada peneman yang betul-betul sanggup susah bersama, benda ni takkan berlaku. Kan?

Senangnya aku cakap, ye dak, walhal kalau aku jadi seorang isteri, aku pun takmau susah. Jadi apa peranan si lelaki? Pakai alasan "awak kena faham, kita susah bersama senang bersama!" je ke?

tak.

Yang lelaki kena jadi lelaki! Jangan duduk saja. Kalau kahwin masa belajar, mula berjinak-jinak dengan asas perniagaan. Kalau kau jenis tak minat berniaga.. cari kerja. Mudah.

"alah..nanti dah kahwin, rezeki mesti ada punya, kan Allah murahkan rezeki orang yang dah kahwin.."

Iye betul tu.

Tapi.. kita takkan dimurahkan rezeki hanya dengan nganga. Makanan yang ada, rezeki yang Allah sediakan kat luar tu semuanya untuk dicari, digali - dengan usaha!

Ini dalilnya -

"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." (Hadis Riwayat al-Tarmizi)
Ini konsep tawakkal, tambat dahulu unta, kemudian bertawakal. Usaha dahulu cari duit, kemudian tawakal.

Buat yang dah bekerja, hiduplah dengan lifestyle yang sepadan dengan angka gaji anda. Buat aturan keluar masuk dari sekarang, berlatih tulis perbelanjaan. Kalau isteri mintak macam-macam, pandai-pandai pujuk. Jangan terlalu keras menolak, hati perempuan ni lembut. Berlapik sikit bila menolak.

"Nak rantai emas tu boleh bulan ni? Gaji kan dah masuk.."

"Ha.. boleh, tapi kena tasmi' surah Al-Baqarah dulu bulan ni, kalau tak lepas, tiga bulan lagi baru dapat, okay?"

Pft konon sweet. Argh okay sorry.

Biasalah.. yang lelaki ni yang kena banyak sabar.

Dan jangan sebab terlalu sayang, ikut je apa isteri nak. Risau perbelanjaan lebih dari sepatutnya. Ingat kata-kata ni.

'Kalau kau berbelanja banyak untuk benda yang kau tak perlu, suatu hari nanti kau kena jual benda yang kau perlu.'

Kalau kau betul-betul sayang, kau kena fikir jauh. Belanja mana perlu, dan gembirakan rumahtangga tak semestinya hanya dengan material.

Nak..tengok match Arsenal lawan Crystal Palace. Bersambung lagi. Boleh?

(Bersambung)





Kahwin - I

tudia jiwang!


Bukanlah tak bagus sembang bab kahwin, semenjak dua menjak ni ramai sangat kawan-kawan kahwin, sebab tu kita pun terasa nak sembang bab ni

Kalau kawan-kawan kita semua dok sembang bab bola, kita pun akan terdorong sembang bab bola, benda simple. Tak perlu la nak kata orang tu gedik sebab dok sembang bab kahwin ja selalu. Dah circle of influence dia dok sembang bab tu, dia nak sembang apa lagi? ye dak?

Ok bukan tu tajuk utamanya.

Tutup mata kejap, bukak balik. Neutralkan balik.

Gini.

Pernah tak, dalam hidup, rasa terlalu mahu akan sesuatu. Contoh - nak sangat-sangat laptop baru. Sebab apa? Dengan laptop baru tu boleh la study, takde stuck-stuck macam laptop lama, and once dapat laptop baru, kita macam berjanji dengan diri sendiri yang kita akan solat awal, baca quran selalu, macam-macam nazar.

Lagi contoh, masa nak mula semester baru, kita janji dengan diri kita, yang kita akan study awal, takde main-main, takmau ponteng kelas, nak bagi perhatian penuh kat kelas dan pensyarah yang mengajar,

Tiba hari benda yang kita nak tu kita dapat, kita excited sebentar.

Seronok, kita buat apa yang kita selalu cakap sebelum ni.

Tapi....dua tiga bulan lepas tu..semangat hilang, pudar. Laptop dah lari dari fungsi asal, pelajaran entah ke mana.

Secara ringkasnya - kita cuma hangat-hangat tahi ayam. Tak konsisten.

Ini yang aku takutkan.

Kita terlebih-lebih seronok fikir pasal kahwin, kita impikan pasangan yang sempurna, dan walaupun tak sempurna, kita seakan-akan yakin yang kita mampu tahan dan sabar dengan semuanya - sebab rasa sayang.

Aku takut - halnya sama macam cerita sebelum-sebelum ni, excited hanya pada awalnya, masuk hari-hari mendatang, bulan-bulan seterusnya, semangat kita nak bawa rumahtangga ke syurga.. pudar.

Sebab itu kita selalu dengar dari orang yang sudah lama berkahwin..

"Kau belum tahu cabarannya, kau hanya nampak keseronokannya.."

Ya aku pernah dibalas dialog sebegitu.

"Kau kahwin nanti kau tahu lah.."

"Seronok memang seronok, tapi ada naik turunnya"

"Kita lelaki ni yang paling kena banyak bersabar.."

dan macam-macam lagi.

Sampai satu ketika aku jadi.. fobia nak berkahwin. Walaupun (alhamdulillah) keinginan itu masih ada. Aku juga manusia biasa!

Namun aku suka juga melihat dari sudut pandang berbeza.

Jadi, aku bertanyakan semula soalan, kepada diri sendiri..

'Dah tu, takkan tak payah kahwin?'

'Eh tak, tak.. kena kahwin, sunnah!'

'Tapi...kau takut?'

'hmm...'

Terus aku bawa mindaku berfikir. Bukan poyo, betul, aku bawa mindaku berfikir. Aku tak putus asa berfikir tentang penyelesaian konflik dalam fikiran sendiri. Takkan pernah aku berhenti berfikir hanya kerana malas.

Aku sampai kepada satu konklusi, selalu, bila ada masalah, semuanya akan ditulis satu per satu, jadi otak aku lebih senang mengenalpasti mana satu masalah yang besar dan mana satu kecil, dan lebih senang mencari penyelesaian.

Aku tulis, masalah pertama yang mungkin akan aku hadapi bila sudah lama berkahwin..

(Bersambung)






















Friday, August 1, 2014

Redha lah!

Kisah Ummu Salamah dan Abu Salamah, dari Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus, Al-Kuliyyah.

Ustaz menceritakan tentang perlunya sifat redha dengan ujian,

"Barang siapa yang redha dengan ujian, maka Allah akan redha kepadanya, barang siapa yang tak redha dengan ujian, maka Allah akan murka kepadanya."

Ummu Salamah dan Abu Salamah mempunyai seorang anak - Salamah. (Ummu dan Abu adalah Ibu dan Ayah dalam arab)

Ujian kepada pasangan Ummu dan Abu Salamah – mereka terpaksa berpisah, bila puak Ummu Salamah berkata kepada pasangan ini –

“Engkau (Wahai Abu Salamah), hendak berhijrah, pergilah! Tapi jangan kau libatkan Ummu Salamah dari puak kami”

Sudah sedih diuji dengan perpisahan dengan sang isteri, tiba-tiba datang pula kumpulan dari puak Abu Salamah,

“Engkau (wahai kalian dari puak Ummu Salamah) boleh mengambil Ummu Salamah, tapi engkau perlu menyerahkan bayi itu kepada kami!”

Hasil perebutan yang sangat kasar, patah tangan bayi tersebut. Bayi tersebut diserahkan kepada kumpulan puak Abu Salamah.

Bayangkan perasaan Ummu Salamah, sudah diuji dengan perpisahan dengan suami, diuji pula sedemikian. Bayangkan perasaan seorang ibu yang terpaksa menyaksikan tangan anaknya patah, dan terpaksa pula berpisah.

Tapi mereka redha – atas dasar iman.

Setahun kemudian, selepas tidak putus-putus berdoa, tiba-tiba puak Ummu Salamah berlembut hati..

“Kita berilah peluang, biarlah Ummu Salamah ikut suaminya..”

Maka apabila diberitakan kepada Ummu Salamah..

“Aku tak mampu lagi tahan, aku mahukan anakku..”

Terus, puak Ummu Salamah ini memujuk puak Abu Salamah, dan mereka bersetuju untuk memberikan semula bayi tersebut kepada Ummu Salamah.

Ummu Salamah dan anaknya terus ke Madinah, menaiki seekor unta, dan Allah sahajalah yang menjadi peneman dan penjaga mereka.

Disana, ditakdirkan pasangan suami isteri ini berjumpa semula.. Melepaskan rindu selama setahun terpisah tanpa khabar berita..

Perlu diingat, zaman dulu tiada alat komunikasi, tiada whatsapp, Instagram, facebook untuk kemas kini tentang keadaan semasa. Mereka terputus hubungan selama setahun!

Namun ujian iman tidak berhenti setakat itu, Abu Salamah pada ketika itu terus dipanggil untuk berjihad di perang Badar. Sudah setahun berpisah, atas dasar taat kepada Allah dan Rasul, Abu Salamah – tanpa berfikir panjang, terus menyahut seruan.

Perang Badar menyaksikan Abu Salamah berjaya pulang dalam keadaan selamat, namun tidak pada Perang Uhud..

Abu Salamah pulang dalam keadaan cedera parah, dia sempat berpesan kepada isterinya – 3 doa yang diajarkan oleh Rasulullah.

Yang pertama - Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali)

Yang kedua -  Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini,

Yang ketiga -  Berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya,

Ditakdirkan, Abu Salamah meninggal dunia. Doa yang diajar terus diamalkan oleh Ummu Salamah..namun sampai pada doa ketiga, dia tersekat, dan sebak..

‘Masakan ada suami yang lebih baik dari Abu Salamah?’

Selepas itu, Ummu Salamah menerima pinangan dari Saidina Umar Al Khatab, ditolak pinangannya.

Kemudian datang pula Saidina Abu Bakar melamar, ditolak lagi pinangan..

Sampailah pada suatu masa, hadir seorang insan paling mulia dalam muka bumi, baginda Nabi Muhammad SAW meminang Ummu Salamah..

Benarlah – digantikan dengan yang lebih baik, termakbul doa Ummul Mukminin..

Ya, atas perkahwinan Ummu Salamah dengan Rasulullah, panggilan ‘ibu’ kepada Salamah ditukar kepada Ummul Mukminin.

Sesungguhnya redha dalam ujian itu perlu, kerana Allah Maha Tahu yang kita mampu, Allah Maha Tahu yang terbaik untuk hambaNya.


Yakinlah!

Wednesday, July 23, 2014

Sape Taknak..



Semalam tersembang dengan sorang sahabat ni bab kahwin. Saja la, dah memang dok UIA ni, kalau tak pernah terfikir atau tersembang bab kahwin, memang bukan UIA la kot. Tak kata u lain tak sembang, tapi kekerapan mungkin di UIA lebih sikit,

Katanya - "Aku tengok member-member yang dah bertunang ni makin matang, cari duit, bina diri, kalau betul bertunang ni mematangkan, kenapa mak ayah susah nak bagi anak diorang bertunang? (kahwin la maksudnya)"

Aku merenung jauh, dah lama jugak sebenarnya benda ni aku fikir, syukur ada yang bertanya, boleh dilahirkan idea-idea yang terbuku.

"Benda ni terlalalu subjektif untuk kita fikir seobjektif macam tu"

"Maksudnya?"

"Aku ada saksikan depan mata aku sendiri, orang yang bertunang sebab seronok, ikut-ikut orang. Orang nak kahwin, dia pun nak kahwin, hasilnya, bila bertunang, makin tak matang, makin menggedik, bahasa kasarnya"

aku menyambung,

"Mungkin sebab mak ayah suah nak bagi anak diorang bertunang ni sebab kelakuan anak diorang sendiri dirumah. Yelah, mak ayah lebih kenal anaknya macam mana. Dah kalau diri sendiri tak reti jaga (kat rumah) takkan la dia nak bagi lepas jaga anak orang lain..

Tapi tak dinafikan la, ramai kawan-kawan aku yang bertunang ni, makin matang cara urus diri, berdisiplin, makin hebat kewangan, ilmu agama.. ada betulnya apa kau cakap.."

"apa-apa pun, balik kepada diri sendiri.." katanya.

Aku mengangguk, tersenyum setuju.

Kedengaran suara makcik di cafe uthman menjerit - maggi goreng maggi goreng!

lantas aku meminta diri..

sambil bersalam, aku berkata - "doakan aku.."

"Eh kau pun ke?"

"sape taknak.."

masing-masing ketawa.

Monday, July 21, 2014

Post Pertama.



Aku percaya, ada dunia lain selain dunia sekarang.

Duniaku masih sempit.

Sepatutnya tidak ada kesedihan melainkan kesedihan terjauh dari Mu.

| Amirulhazim | Puasa |