Kisah Ummu
Salamah dan Abu Salamah, dari Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus, Al-Kuliyyah.
Ustaz
menceritakan tentang perlunya sifat redha dengan ujian,
"Barang
siapa yang redha dengan ujian, maka Allah akan redha kepadanya, barang siapa
yang tak redha dengan ujian, maka Allah akan murka kepadanya."
Ummu Salamah
dan Abu Salamah mempunyai seorang anak - Salamah. (Ummu dan Abu adalah Ibu dan
Ayah dalam arab)
Ujian kepada
pasangan Ummu dan Abu Salamah – mereka terpaksa berpisah, bila puak Ummu
Salamah berkata kepada pasangan ini –
“Engkau
(Wahai Abu Salamah), hendak berhijrah, pergilah! Tapi jangan kau libatkan Ummu
Salamah dari puak kami”
Sudah sedih diuji
dengan perpisahan dengan sang isteri, tiba-tiba datang pula kumpulan dari puak
Abu Salamah,
“Engkau
(wahai kalian dari puak Ummu Salamah) boleh mengambil Ummu Salamah, tapi engkau
perlu menyerahkan bayi itu kepada kami!”
Hasil
perebutan yang sangat kasar, patah tangan bayi tersebut. Bayi tersebut diserahkan
kepada kumpulan puak Abu Salamah.
Bayangkan
perasaan Ummu Salamah, sudah diuji dengan perpisahan dengan suami, diuji pula
sedemikian. Bayangkan perasaan seorang ibu yang terpaksa menyaksikan tangan
anaknya patah, dan terpaksa pula berpisah.
Tapi mereka
redha – atas dasar iman.
Setahun
kemudian, selepas tidak putus-putus berdoa, tiba-tiba puak Ummu Salamah
berlembut hati..
“Kita
berilah peluang, biarlah Ummu Salamah ikut suaminya..”
Maka apabila
diberitakan kepada Ummu Salamah..
“Aku tak
mampu lagi tahan, aku mahukan anakku..”
Terus, puak
Ummu Salamah ini memujuk puak Abu Salamah, dan mereka bersetuju untuk
memberikan semula bayi tersebut kepada Ummu Salamah.
Ummu Salamah
dan anaknya terus ke Madinah, menaiki seekor unta, dan Allah sahajalah yang
menjadi peneman dan penjaga mereka.
Disana, ditakdirkan
pasangan suami isteri ini berjumpa semula.. Melepaskan rindu selama setahun terpisah
tanpa khabar berita..
Perlu
diingat, zaman dulu tiada alat komunikasi, tiada whatsapp, Instagram, facebook untuk kemas kini tentang keadaan
semasa. Mereka terputus hubungan selama setahun!
Namun ujian
iman tidak berhenti setakat itu, Abu Salamah pada ketika itu terus dipanggil
untuk berjihad di perang Badar. Sudah setahun berpisah, atas dasar taat kepada
Allah dan Rasul, Abu Salamah – tanpa berfikir panjang, terus menyahut seruan.
Perang Badar
menyaksikan Abu Salamah berjaya pulang dalam keadaan selamat, namun tidak pada
Perang Uhud..
Abu Salamah
pulang dalam keadaan cedera parah, dia sempat berpesan kepada isterinya – 3 doa
yang diajarkan oleh Rasulullah.
Yang pertama
- Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan:
(Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali)
Yang kedua -
Ya Allah berikanlah ganjaran kerana
musibah ini,
Yang ketiga
- Berikanlah aku pengganti yang lebih
baik daripadanya,
Ditakdirkan,
Abu Salamah meninggal dunia. Doa yang diajar terus diamalkan oleh Ummu
Salamah..namun sampai pada doa ketiga, dia tersekat, dan sebak..
‘Masakan ada
suami yang lebih baik dari Abu Salamah?’
Selepas itu,
Ummu Salamah menerima pinangan dari Saidina Umar Al Khatab, ditolak
pinangannya.
Kemudian
datang pula Saidina Abu Bakar melamar, ditolak lagi pinangan..
Sampailah pada
suatu masa, hadir seorang insan paling mulia dalam muka bumi, baginda Nabi
Muhammad SAW meminang Ummu Salamah..
Benarlah – digantikan
dengan yang lebih baik, termakbul doa Ummul Mukminin..
Ya, atas
perkahwinan Ummu Salamah dengan Rasulullah, panggilan ‘ibu’ kepada Salamah
ditukar kepada Ummul Mukminin.
Sesungguhnya
redha dalam ujian itu perlu, kerana Allah Maha Tahu yang kita mampu, Allah Maha
Tahu yang terbaik untuk hambaNya.
Yakinlah!
0 comments:
Post a Comment