Saturday, August 16, 2014

Kahwin - I

tudia jiwang!


Bukanlah tak bagus sembang bab kahwin, semenjak dua menjak ni ramai sangat kawan-kawan kahwin, sebab tu kita pun terasa nak sembang bab ni

Kalau kawan-kawan kita semua dok sembang bab bola, kita pun akan terdorong sembang bab bola, benda simple. Tak perlu la nak kata orang tu gedik sebab dok sembang bab kahwin ja selalu. Dah circle of influence dia dok sembang bab tu, dia nak sembang apa lagi? ye dak?

Ok bukan tu tajuk utamanya.

Tutup mata kejap, bukak balik. Neutralkan balik.

Gini.

Pernah tak, dalam hidup, rasa terlalu mahu akan sesuatu. Contoh - nak sangat-sangat laptop baru. Sebab apa? Dengan laptop baru tu boleh la study, takde stuck-stuck macam laptop lama, and once dapat laptop baru, kita macam berjanji dengan diri sendiri yang kita akan solat awal, baca quran selalu, macam-macam nazar.

Lagi contoh, masa nak mula semester baru, kita janji dengan diri kita, yang kita akan study awal, takde main-main, takmau ponteng kelas, nak bagi perhatian penuh kat kelas dan pensyarah yang mengajar,

Tiba hari benda yang kita nak tu kita dapat, kita excited sebentar.

Seronok, kita buat apa yang kita selalu cakap sebelum ni.

Tapi....dua tiga bulan lepas tu..semangat hilang, pudar. Laptop dah lari dari fungsi asal, pelajaran entah ke mana.

Secara ringkasnya - kita cuma hangat-hangat tahi ayam. Tak konsisten.

Ini yang aku takutkan.

Kita terlebih-lebih seronok fikir pasal kahwin, kita impikan pasangan yang sempurna, dan walaupun tak sempurna, kita seakan-akan yakin yang kita mampu tahan dan sabar dengan semuanya - sebab rasa sayang.

Aku takut - halnya sama macam cerita sebelum-sebelum ni, excited hanya pada awalnya, masuk hari-hari mendatang, bulan-bulan seterusnya, semangat kita nak bawa rumahtangga ke syurga.. pudar.

Sebab itu kita selalu dengar dari orang yang sudah lama berkahwin..

"Kau belum tahu cabarannya, kau hanya nampak keseronokannya.."

Ya aku pernah dibalas dialog sebegitu.

"Kau kahwin nanti kau tahu lah.."

"Seronok memang seronok, tapi ada naik turunnya"

"Kita lelaki ni yang paling kena banyak bersabar.."

dan macam-macam lagi.

Sampai satu ketika aku jadi.. fobia nak berkahwin. Walaupun (alhamdulillah) keinginan itu masih ada. Aku juga manusia biasa!

Namun aku suka juga melihat dari sudut pandang berbeza.

Jadi, aku bertanyakan semula soalan, kepada diri sendiri..

'Dah tu, takkan tak payah kahwin?'

'Eh tak, tak.. kena kahwin, sunnah!'

'Tapi...kau takut?'

'hmm...'

Terus aku bawa mindaku berfikir. Bukan poyo, betul, aku bawa mindaku berfikir. Aku tak putus asa berfikir tentang penyelesaian konflik dalam fikiran sendiri. Takkan pernah aku berhenti berfikir hanya kerana malas.

Aku sampai kepada satu konklusi, selalu, bila ada masalah, semuanya akan ditulis satu per satu, jadi otak aku lebih senang mengenalpasti mana satu masalah yang besar dan mana satu kecil, dan lebih senang mencari penyelesaian.

Aku tulis, masalah pertama yang mungkin akan aku hadapi bila sudah lama berkahwin..

(Bersambung)






















1 comment:

  1. Ini betul-betul berfikir! Aku tunggu episod kedua kahwin.

    ReplyDelete